Kementerian Kesihatan sedang bekerjasama dengan Syarikat Progresif Sdn Bhd dalam mengadakan kempen promosi sebagai salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibilty) bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mendapatkan suntikan vaksinasi COVID-19, terutama sekali suntikan dos kedua mereka.
Kempen promosi ini berlangsung bermula 10 November 2021 hingga 20 November 2021, iaitu:
-
Pemberian data percuma 2GB kepada pengguna-pengguna Progresif yang mendapatkan suntikan vaksinasi kedua mereka di Pusat Vaksinasi Dewan Kemasyarakatan Belalong, Daerah Temburong;
-
Bagi orang ramai yang bukan pengguna Progresif akan diberikan buku nota dan pen dari Progresif; dan
-
Cabutan bertuah anjuran bersama diantara Syarikat Integrated Communications Sdn. Bhd. (INCOMM) dan Syarikat Progresif Sdn. Bhd., khusus bagi orang ramai yang mendapatkan suntikan vaksinasi mereka di kesemua pusat-pusat vaksinasi, sama ada suntikan dos pertama atau dos kedua, yang mana hadiah cabutan bertuah tersebut adalah sebiji telefon bimbit iPhone 13 MINI dan satu sim kad Prepaid Starter Pack ($10 kredit). Kesemua pusat-pusat vaksinasi terlibat di dalam cabutan bertuah ini. Pemenang bagi pertandingan cabutan bertuah ini akan diumumkan melalui media sosial Kementerian Kesihatan, Syarikat Progresif Sdn. Bhd. dan Syarikat Integrated Communications Sdn Bhd (INCOMM).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut bagi kempen promosi ini melalui media sosial Kementerian Kesihatan (@mohbrunei) dan Progresif (@thatsprogresif).
Validate your login